Alif Teega lancar lagu dengan Aisyah, netizen minta isteri kedua rap

KELUAR daripada zon selesa sebagai usahawan, Alif Teega dan isteri pertama Aisyah Hijanah bakal muncul dengan single perdana berjudul Teristimewa tidak lama lagi.

Sungguhpun begitu, apa yang mencuri tumpuan adalah komen-komen lucu yang ditinggalkan netizen dalam ruangan komen pasangan pempengaruh sensasi tersebut.

“Patut suruh Fatin (isteri kedua) rap.

“Kasihan isteri pertama cuma dijadikan konten. Kalau benar cinta, tak mungkin berkahwin dua,” demikian antara komen ditinggalkan pengguna media sosial dalam Instagram Alif.

Sementara itu, ada dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kewajaran Aisyah yang berimej muslimah menyanyi dalam teaser lagu tersebut.

“Nak tanya suara wanita aurat tak? Melunakkan suara?

“Aurat sepatutnya (sebagai suami), Alif sepatutnya melindungi isterinya,” lagi antara komen dihamburkan netizen dalam ruangan komen Instagram Alif, 30.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu menjadi bualan ramai selepas Alif mengaku berkahwin kali kedua dengan seorang wanita dipercayai pekerja syarikatnya bernama Fatin.

Pengakuan tersebut mencetuskan kemarahan ramai yang tidak bersetuju dengan cara Alif berpoligami apatah lagi Aisyah kini sedang hamil.

Tempoh hari, Aisyah, 26 mendedahkan berjaya memiliki 100 peratus harta sepencarian bersama suami, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani atau lebih dikenali sebagai Alif Teega. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok