Aku doakan hidup kau jahanam Anju – Fatiya Latiff

Dengan ex (bekas kekasih) aku pun kau nak try.”

Demikian antara serangan balas pelakon sensasi Fatiya Latiff selepas Zarina Anjoulie mencampuri urusannya dengan Zahirah Macwilson.

Menerusi pendedahan dalam TikTok, Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff turut memberitahu Zarina merupakan seorang pencuri apabila sehingga kini tidak memulangkan semula beg tangannya yang dipinjamkannya.

Kau cerita dengan orang yang aku busuk hati. Kau sembunyikan aku punya beg, bila kau nak bagi balik beg aku yang kau curi?

Aku doakan hidup kau jahanam. Kau bawah tapak kaki aku,” ujarnya.

Tambah Fatiya, 37, lagi, dia kini bahagia dengan kehidupannya dan tidak perlu lagi berpura-pura dengan orang lain.

“Apa jadi dengan aku? Aku okey sekarang. Kau orang paling buruk yang pernah aku jumpa dalam hidup aku.

“Aku tak menipu, tak palsu. Kau balik umrah dan berperangai. Aku yang tak pergi umrah doakan hidup kau merana.

“Kau ingat orang Malaysia suka sangat kau? Dengan hidung kau yang buruk panjang macam tu, dengan gigi kau, ingat ‘hot’ sangat?

“Kau punya punggung pun palsu. Marilah gaduh dengan aku, mari datang. Jom! Aku sekarang hidup bahagia,” katanya.

Pada masa sama, Fathia turut menasihati Zarina agar jangan sesekali mencampuri lagi urusannya.

Masalahnya kenapa kau kena masuk campur? Kau gila glamor. Kau macam perempuan murahan yang tiba-tiba sibuk hal aku.

“Kejap sokong aku, kejap nak jadi kawan aku. Tolonglah malu sikit dengan anak kau. Aku memang geram,” jelasnya.

Terdahulu, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul secara terbuka mendedahkan sikap sebenar Fatiya yang pernah menjadi rakan baiknya suatu ketika dahulu.

Menerusi satu sesi siaran langsung (Live) dalam Instagram, Zarina atau mesra disapa Anju memberitahu, antara sifat atau perangai pelakon itu yang kurang disenangi adalah sikapnya yang suka membanding-bandingkan dan berprasangka buruk. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok