5 bintang K-pop sambut zuriat 2024

DUNIA K-pop semakin rancak dengan berita kehidupan peribadi selebriti yang menarik perhatian peminat untuk mengikuti perkembangan semasa idola mereka.

Tahun lalu, keluarga artis K-pop berkembang apabila masing-masing sudah berumah tangga dan ada juga yang menimang cahaya mata. 

Bagi pembukaan 2024, senario tidak kurang hebatnya apabila terdapat beberapa selebriti menunggu kelahiran cahaya mata, sekali gus mempunyai ahli baharu dalam keluarga. 

Daebak membawakan barisan rtis yang dijangka menimang permata hati sepanjang tahun 2024. 

Kang So-ra

BARU sahaja melahirkan anak pertama pada April tahun lalu, aktres Kang So-ra dilaporkan kembali hamil bakal menerima seorang lagi cahaya mata ada tahun ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon drama Doctor Stranger itu menerusi Instagram yang menunjukkan gambar ‘maternity shoot’ sekali gus mengejutkan ramai peminat.

Dia akui mendiamkan diri sejak beberapa bulan lalu daripada media sosial untuk merahsiakan kehamilannya.

So-ra dijangka bakal melahirkan anak kedua pada April tahun ini sama seperti semasa kehamilan pertama.

Lee Seung-gi, Lee Da-in 

SEJAK mendirikan rumah tangga pada April lalu, pasangan selebriti Lee Seung-gi dan Lee Da-in kini menghitung hari bakal menimang zuriat.

Mereka teruja dan tidak sabar untuk bergelar ibu bapa menunggu kehadiran bayi sulung yang dijangka pada Februari depan. 

Da-in berkongsi kegembiraan melangkah ke tahun 2024 sebagai seorang ibu.

“Dengan penuh rasa gembira, kami ingin memaklumkan bahawa Lee Da-in bakal bergelar ibu. 

“Dia sangat bersyukur dapat merasai pengalaman ini dan memulakan fasa baharu pada Februari tahun hadapan,” ujar agensi pengurusannya dalam satu kenyataan.

Hwang Bo-ra

PADA 19 November lalu, aktres Hwang Bo-ra mengumumkan berita gembira apabila disahkan hamil selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Selepas pendedahan khabar gembira tersebut, pelakon drama What’s Wrong With Secretary Kim itu terus memberikan nama panggilan buat anaknya iaitu Oh Deok.

Seperti ibu lain, Bo-ra teruja menantikan anak sulungnya sehingga sanggup merakamkan setiap momen kehamilan untuk dipaparkan dalam YouTube.

Buat masa ini, pelakon berusia 40 tahun itu belum lagi mendedahkan tarikh kelahiran anaknya kepada umum.

Yukika

SEIRING kehadiran tahun baharu, penyanyi Yukika berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya kepada umum.

Penyanyi asal Jepun itu bakal bergelar ibu pada akhir musim bunga iaitu dijangka sekitar Jun nanti.

Penyanyi berusia 30 tahun itu tidak sabar untuk menerima kedatangan cahaya mata pertamanya. 

Dalam masa sama, dia juga menganggap pengalaman hamil ini sebagai perkara baharu yang harus diraikan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok