5 bintang K-pop pembersih, ‘alergi’ kotoran

LAZIMNYA peminat K-pop hanya mengenali karakter selebriti kesukaan mereka sama ada di atas pentas atau kaca televisyen mahupun layak perak.

Paling tidak, mereka hanya mengetahui hal peribadi seseorang artis kegemaran menerusi perkongsian dalam media sosial.

Siapa sangka dalam kesibukan masa, terdapat sebilangan artis yang sangat menitikberatkan kebersihan.

Lebih mengejutkan di Korea Selatan, bintang berstatus lelaki adalah mereka yang lebih teliti soal kebersihan berbanding artis wanita.

Heechul 

TERKENAL dengan personaliti yang sangat ceria dalam kalangan peminat, penyanyi Heechul tidak kurang hebat dalam menjaga kebersihan.

Dia disifatkan peminat sebagai seorang selebriti paling kemas dengan memastikan ruang kediamannya sentiasa bersih dan teratur.

Tahap kebersihannya sangat ‘dikagumi’ ramai apabila dia mewajibkan setiap ruang atau kawasan dilawatinya dibersihkan dengan alat penyedut hampagas.

Taeyong 

MEMENTINGKAN hal kebersihan dalam kehidupan seharian, anggota kumpulan NCT itu pernah mendapat jolokan Raja Bersih Muda.

Dedikasinya terhadap kebersihan terbukti ketika penampilannya dalam rancangan Brian Cleaning Show, baru-baru ini.

Dalam rancangan tersebut, dia berkongsi mengenai tabiat suka berkemas serta falsafah hidup yang sentiasa mementingkan kebersihan.

Lebih mengejutkan, obsesi penyanyi berusia 29 tahun itu terserlah apabila dia membasuh semua bajunya sendiri menggunakan tangan.

Katanya, dia risau pakaiannya akan bercampur dengan warna lain dalam mesin basuh dengan ahli NCT lain.

Jungyeon

SATU-SATUNYA artis wanita yang memasuki carta, penyanyi Jeongyeon sangat menitikberatkan soal kebersihan terutamanya membabitkan tempat tinggal.

Ahli kumpulan Twice itu pernah memaklumkan dalam rancangan hiburan Knowing Bros tentang ketekunannya membersihkan kediaman atau bilik orang lain.

Sekiranya ahli Twice yang lain tidak kemas ataupun membuat sepah, dia akan merakamkan gambar untuk diletakkan dalam ‘group chat’ (kumpulan sembang).

Penyanyi berusia 28 tahun itu pernah mengumpulkan kesemua ahli Twice di ruang tamu gara-gara ingin berbincang tentang kebersiha

Xiumin

BUKAN sahaja pembersih, anggota EXO itu juga seorang yang suka memberikan nasihat mengenai kebersihan.

Hal ini kerana, dia sangat teliti mengenai kekemasan bilik terutama semasa peminat melakukan panggilan video.

Disebabkan tabiat kebersihannya, kawan baiknya iaitu Tao tertekan dengan Xiumin kerana mereka tinggal sebilik.

Meskipun begitu, mereka tetap akrab sehingga ke hari ini tanpa sebarang pertelingkahan berlaku.

Mingyu

BIARPUN cemerkap, penyanyi Mingyu sangat mementingkan bab kebersihan sehingga digelar Cleaning Fairy Mingyu.

Dia meletakkan usaha berlebihan dalam memastikan segala-galanya dalam keadaan bersih.

Perkara tersebut boleh disaksikan semasa penyanyi kumpulan Seventeen itu berpindah ke rumah baharu.

Menurut rakannya, Jeonghan mempunyai ketaksuban terhadap hal kebersihan sehingga ahli lain terganggu dengan tabiatnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok