Zara Zya bertudung, tapi rela dipeluk

BARU-BARU ini muncul video teaser sebuah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan barisan pelakonnya ialah Zara Zya dan Syarul Ezani Mohamed Ezzuddeen.

Agak menarik dan ramai teruja sebab sudah lama juga tidak melihat Syarul Ezani berlakon memegang watak utama.

Namun, di sebalik keterujaan tersebut, terselit juga kata-kata negatif yang mempertikai babak Zara Zya dipeluk oleh Syarul Ezani dalam salah satu adegan drama tersebut.

“Bertudung tetapi berpelukan apabila berlakon?

“Tidak perlu babak peluk sebegitu sebab Zara sudah bertudung,” selar netizen.

Diva tak mahulah komen lebih-lebih tetapi seharusnya sebagai wanita bertudung jagalah batas atau Zara sebenarnya okey sahaja untuk berlakon babak bersentuhan.

Setiap pelakon mungkin ada cara tersendiri tetapi harap janganlah sengaja mengundang kecaman untuk naikkan populariti drama ya.

DIVA: Siapa agaknya yang akan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 nanti. Pening juga kontroversi lagu Astana itu ya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok