KECOH dalam media sosial mengenai kekayaan pengacara Yoo Jae-suk yang baru sahaja membeli tanah dan sebuah bangunan pada harga RM42 juta secara tunai.
Menurut sebuah laporan industri hartanah, pengacara sensasi itu membeli sebidang tanah seluas 298.5 meter persegi dan villa empat tingkat di Gangnam-gu, Seoul.
Difahamkan, kediaman tersebut mempunyai 11 bilik bermula dari tingkat bawah tanah hingga ke tingkat empat.
Menambah daya tarikan lokasi ini adalah berdekatan dengan syarikat milik Jae-suk iaitu Antenna Entertainment.
Tidak pernah menunjuk mahupun memberitahu seluruh dunia dia membeli rumah secara tunai, sikap rendah diri pengacara berusia 51 tahun itu dipuji khalayak yang rata-ratanya melabelkannya sebagai ikon seni Korea Selatan. – HIBGLAM