[VIDEO] ‘Belum nak kahwin, cuma promosi baju pengantin’

“SAYA cuma mempromosikan baju pengantin.”

Demikian respons pelakon Ruhainies bagi merungkai salah faham orang ramai yang menyangka dia bakal melangkah ke jenjang pelamin dalam tempoh terdekat susulan tular video gaun pengantin.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, itu, dia terbabit dalam pelancaran koleksi baharu pereka fesyen terkenal Fizi Woo, sekali gus teruja melihat kehalusan sentuhan gaun yang bakal digayakan.

“Sebenarnya tak sangka pun video saya terkejut itu akan tular, tetapi pada masa sama bersyukur juga sebab apabila orang prihatin, menunjukkan ramai mendoakan kita.

Mana tahu doa itu diangkat, cuma dalam hal ini saya hanya mempromosikan persalinan raja sehari dan sudah tentu kita kena baju pengantin,” katanya dalam wawancara bersama media.

Pelakon Hello, Mr. Perfect! itu tampil menggayakan persalinan indah serba putih pada majlis pelancaran Koleksi Bridal Fizi Woo RTW 2024, malam tadi.

Bagaimanapun ramai salah faham apabila semalam, reaksi Ruhainies dalam sebuah video seolah-olah memberi bayangan bakal melangkah ke alam perkahwinan apabila menunjukkan momen terkejut ketika melihat gaun pengantin.

Lebih menguatkan tekaan ramai apabila paparan yang dimuat naik bersama tanda pagar #RuhainiesSayIDo.

Hantaran yang dikongsi menerusi menerusi laman sosial itu menerima pelbagai reaksi apabila sebilangan peminat lain pula menganggap itu hanya gimik seperti pernah dilakukan sebelum ini.

Dikatakan masih bersama kekasih yang disebut sebagai Mr E saja, Ruhainies pernah menyatakan hanya akan berkongsi perancangan perkahwinan apabila sudah bersedia bergelar isteri orang. -HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIZIWOO® (@fiziwoo)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok