Tular BCL, suami ‘sekufu’ teguk air gelas kecil, warna cerah

TIDAK lama selepas mendirikan rumah tangga dengan suami baharu Tiko Aryawardhana, selebriti sensasi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) diuji dengan kecaman daripada netizen selepas tular video mereka meneguk air seolah-olah minuman beralkohol di sebuah lokasi dipercayai kelab hiburan.

Menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik dalam Instagram, kelihatan BCL, Tiko dan kenalan sekufu mereka sedang bergembira bersama sementelah masing-masing meneguk air ‘berwarna’ cerah dengan gelas-gelas kecil.

Tindakan tersebut pantas mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial yang rata-rata mengkritik penuh sinis. Namun, ada yang juga yang mendoakan agar BCL ditemukan cahaya hidup dekat dengan agama bersama suami baharunya itu.

Tidak kurang, ada yang kecewa dengan BCL dan membanding-bandingkan Tiko dengan suami pertama pelakon dan penyanyi itu, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Dosanya ditanggung dengan suami baharu. Ashraf tidak ada apa-apa lagi dengan BCL. Sudah terputus hubungannya. Alhamdulillah.

“Semoga tak salah pilih. Tapi, nampaknya macam salah (pilih).

Ashraf pasti berasa sedih melihat semua ini. Apa jenis pengganti yang BCL dapat? Orang Islam tapi teguk alkohol dan sebagainya,” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen dalam ruangan komen.

Sabtu lalu, Bunga Citra Lestari atau BCL, 40, selamat melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan Tiko Aryawardhana, 43, di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia, sekitar jam 4 petang.

Berita itu dikongsikan akaun Instagram kelab peminat BCL dan Tiko iaitu @bcltiko yang memuat naik liputan perjalanan majlis berkenaan.

BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok