Taeyeon hilang nikmat makan? 

Anggota kumpulan Girls Generation, Taeyeon mendedahkan dirinya tidak pernah berasa nikmat dan seronok menjamah apa jua hidangan. 

Kata penyanyi itu, dia lebih cenderung makan sedikit dan kemudian berbaring atau berehat seketika sebelum menjamah semula hidangan yang ditinggalkan tadi. 

“Saya cenderung untuk makan kemudian berehat dan makan semula. Saya tidak mempunyai selera makan yang besar.

“Semua orang dapat keseronokan daripada makan. Ada orang yang mengatakan mereka paling gembira apabila keluar makan bersama rakan-rakan selepas kerja. 

“Saya tidak pernah rasa begitu,” ujarnya dalam satu rancangan temu bual, baru-baru ini. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok