Sukar untuk rasa bahagia hari ini – Fazura

MEMIKIRKAN para ibu di Gaza yang kehilangan anak, sukar untuk saya rasa bahagia hari ini.”

Demikian luahan pelakon jelita, Nur Fazura yang sayu mengenangkan nasib kanak-kanak di Palestin.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin,39, mengakui memikirkan hal tersebut apabila melihat puterinya, Fatima tersenyum riang sedangkan ramai kaum ibu di Palestin menderita dan sedih kerana anak mereka terkorban akibat kekejaman zionis.

“Anak saya tersenyum sedangkan saya memikirkan kaum ibu di Gaza yang telah kehilangan anak.

Kini, mereka sedang menghiburkan anak-anak mereka yang cedera akibat serangan berterusan oleh zionis.

“Sukar untuk benar-benar rasa bahagia hari ini,” katanya dalam satu hantaran InstaStory baru-baru ini.

TANGKAP layar hantaran Nur Fazura dalam Insta Story yang pilu mengenangkan nasib para ibu di Gaza.

Terdahulu, dia turut turun padang ke perhimpunan solidariti termasuk mengibar bendera Palestin ketika hadir menyaksikan konsert Coldplay baru-baru ini.

Fazura ketika ini merupakan antara selebriti tanah air yang tidak berhenti berkongsi tentang penderitaan rakyat Palestin dan segala kejahatan Israel menerusi Instagram.

Sejak perang yang bermula 7 Oktober lalu, Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza memberitahu lebih 15,500 orang terbunuh di wilayah itu, manakala lebih separuh daripada mereka ialah wanita dan kanak-kanak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok