Sudah-sudahlah kecam Hafidz, Athira

TUTUP buku lama, buka buku baharu. Mungkin itu kata-kata paling tepat untuk menggambarkan perasaan pengantin baru, Hafidz Roshdi apabila selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pasangannya, Athira Yuhada pada minggu lalu.

Begitu juga netizen. Mungkin dah boleh move on juga rasanya dan berilah ruang kepada Hafidz menjalani kehidupannya dengan tenang bersama Athira.

Apa yang berlaku antara Hafidz dengan bekas isterinya, Shuhada, biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan masalah tersebut.

Lagi pun, kes mahkamah membabitkan mereka masih lagi belum selesai. Kasihan pula Diva tengok apabila Hafidz dan Athira tidak habis-habis dikecam dan dihina oleh orang ramai.

Sampai bila nak berlarutan? Mereka pun sudah selamat disatukan sebagai suami isteri. Dah nak masuk tahun 2024, dah boleh berhenti rasanya kecam orang lain.

Diva tidak berpihak kepada sesiapa, cuma Diva rasa cukup-cukuplah mengecam Hafidz dan isterinya.

Diva ada nampak, komen yang ditinggalkan netizen sangat keterlaluan sehingga menghina. Berilah ruang dan peluang kepada mereka menjalani kehidupan tenang.

DIVA: Tak sabar nak tunggu nasi minyak Sharnaaz Ahmad dan Amelia. Bila lagi ya?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok