Suami upah ‘bodyguard’ jaga saya – Nora Danish

PELAKON Nora Danish mendedahkan khidmat pengawal peribadi atau ‘bodyguard’ yang diupah sejak tujuh tahun lalu adalah atas saranan suami tercinta, Nedim Nazri Aziz.

Menurut aktres berusia 41 tahun itu, kebimbangan suami yang mementingkan keselamatannya di luar rumah membuatkan dia sedia diiringi ‘bodyguard’ merangkap pemandu peribadi.

“Saya ada ‘bodyguard’ sejak berkahwin dengan suami iaitu sekitar tujuh tahun lalu.

Apabila dia tiada saya kena memandu sendiri tetapi suami pula akan hubungi sepanjang tempoh 24 jam kerana risau.

“Sekarang dia akan menelefon ‘bodyguard’ saya bertanyakan tentang keadaan saya,” katanya ketika tayangan filem Sayu Yang Syukur, semalam.

Selain soal keselamatan, Nora atau nama lengkapnya Nor Mohd. Danish Hanif mengakui kehadiran ‘bodyguard’ membuatkan kehidupannya lebih lancar.

Ini keputusan suami. Kalau saya, sendirian ke mana-mana pun tidak mengapa, lebih baik tetapi saya saya cuai dan cepat lupa.

“Laluan biasa untuk pergi ke mana-mana juga saya susah ingat sebab selalu leka. Barang pun selalu tertinggal, telefon bimbit entah di mana. Jadi pengawal peribadi dapat bantu banyak benda,” ujarnya.

Menerusi filem Sayu Yang Syukur arahan Datuk Aaron Aziz, Nora bergandingan dengan Arja Lee, Fairie Khalil dan ramai pelakon hebat lain.

Filem yang turut dibintangi Aaron selaku teraju utama itu akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 28 Disember ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok