Shuib dihina kulit wajah ‘berlubang’

PERKONGSIAN gambar berbentuk swafoto oleh pelawak dan usahawan, Shuib dalam Instagram miliknya mengundang padah apabila dia menjadi mangsa gurauan kasar oleh netizen.

Lebih memeritkan, ada segelintir pengguna media sosial mendakwa Shuib kelihatan ‘kacak’ hanya disebabkan dia berduit.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Shuib dalam Instagram miliknya, pelawak itu berkongsi gambar untuk menunjukkan rambutnya yang disikat dengan gaya belah tengah.

Namun, lain pula yang jadi perhatian netizen apabila mengutuk wajah serta kulitnya yang berlubang-lubang.

Seorang netizen lagi berkata, kalau Shuib tidak berduit, tidak mungkin isterinya, Watie ingin mengahwininya.

“Nasib baik kaya. Kalau tidak Watie pun tak ingin,” kata netizen.

“Orang yang cakap ‘hensem’ tu sebab kau berduit,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Ada duit, automatik jadi kacak. Cuba kalau tak ada duit, seorang pun tak datang,” komen seorang lagi netizen.

Sabarlah Shuib. Jangan dilayan sangat komen negatif begitu. Apa yang penting, Shuib bahagia dengan isteri dan anak-anak.

DIVA: Meremang bulu roma menonton persembahan penyanyi Nourul Depp baru-baru ini. Tolong buat konsert!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok