AKTOR Sharnaaz Ahmad mengundang pujian netizen apabila menikmati percutian di Jepun bersama buat hatinya, Amelia Christie dan bekas isterinya, Noor Nabila.
Perkara tersebut mula menjadi bualan ramai selepas Sharnaaz, 38, memuat naik beberapa video bersama dua wanita tersebut dan juga anak lelakinya, Jebat Jayden bercuti di beberapa lokasi di negara itu termasuk menyaksikan patung gergasi Gundam.
Terdapat juga video mamaparkan keempat-empat mereka kelihatan bahagia dan seronok ketika berjalan-jalan di sebuah lokasi pada waktu malam di negara matahari terbit itu.
Sementara itu, Amelia turut mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gelagatnya merangkul mesra lengan Noor Nabila sekali gus membuktikan mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab dan sangat baik.
Hubungan baik tiga individu tersebut meraih ribuan komen positif netizen yang tidak berhenti memuji Noor Nabila kerana bersikap ‘profesional’ apabila bercuti bersama bekas suami dan kekasih.
“Noor Nabila memang hebat, profesionalnya dia sebagai bekas isteri berada di tahap mengagumkan.
“Ini jalan cerita yang paling ramai nanti-nantikan. Tidak berbalah dan Jebat beruntung memiliki keluarga yang tidak memburukkan sesama sendiri dan mementingkan perasaan anak.
“Setiap mereka mempunyai sikap terbuka dan tiada rasa cemburu. Bukan semua mampu buat,” puji netizen.
Sebelum ini, Amelia juga pernah berkunjung ke kediaman Noor Nabila selain menghabiskan masa bersama Jayden.
Terdahulu, kakak selebriti terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dapat dihidu apabila aktres itu kerap menemani aktor terbabit di beberapa acara hiburan.
Difahamkan, hubungan mereka mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama. – HIBGLAM