Semua finalis GV10 hebat, Ella ‘lost’

“Ella lost (menilai peserta) sebab semuanya hebat-hebat.

Demikian komen juri jemputan,  Ella yang mengakui keliru untuk memilih siapakah finalis yang layak dinobatkan sebagai juara All Stars Gegas Vaganza (GV10).

Menurut pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu, kesemua peserta menyajikan persembahan mengagumkan.

“Sukar untuk pilih juara,” ujarnya pendek selepas ditanya pendapatnya mengenai juara GV10.

Pentas akhir GV10 menyaksikan Ella menggalas tugas sebagai juri jemputan bagi menilai finalis pertandingan popular tersebut.

Malam ini, seramai lapan finalis berentap bagi merebut gelaran juara GV10 iaitu Hady Mirza, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina, Naqiu dan Liza Hanim.

Konsert GV10 yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil buat pertama kali.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok