Pelatih Girls’ Generation jadi isteri Kim Dong-wook

SELEPAS mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada Ogos lalu, pelakon Kim Dong-wook akhirnya bergelar suami kepada wanita pilihannya.

Meskipun isterinya bukan seorang selebriti, tetapi banyak mata tertumpu kepada pengantin perempuan kerana kecantikan luar biasa.

Rupa-rupanya, isteri pelakon drama Find Me In Your Memory itu merupakan bekas pelatih Girls’ Generation yang dikenali sebagai Stella.

Namun, Stella tidak dapat meneruskan perjalanan karier bersama Girls’ Generation kerana tidak mendapat persetujuan orang tuanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok