Park Seo-joon disaran ‘buat muka’

PELAKON Park Seo-joon mengakui pernah rasa rendah diri apabila ramai mengkritik rupa parasnya di awal kemunculan dalam industri hiburan.

Menurut aktor tinggi lampai itu, ketika itu peminat lebih tertarik dengan artis yang kacak, bukan ‘wajah awam’ sepertinya.

Rasa rendah diri apabila terpaksa telan komen negatif mengenai wajah saya,” katanya.

Lebih teruk, pelakon berusia 35 tahun itu turut disarankan supaya melakukan pembedahan plastik.

Ada yang cadangkan saya melakukan pembedahan plastik sehingga saya hilang keyakinan diri.

“Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan diri saya? Adakah saya tidak ditakdirkan berada dalam bidang ini? ujarnya.

Itu kisah pahit lalu, Seo-joon kini antara bintang paling disayangi kerana bakat yang dimilikinya bahkan menjadi rebutan banyak pihak.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok