Padu vokal Liza Hanim, anak

KEHEBATAN vokal Liza Hanim memang tak perlu dipertikaikan lagi tetapi baru-baru ini anak sulungnya, Marsya Qistina pula mencuri perhatian ramai.

Semuanya apabila tular video Liza dan Marsya membuat persembahan secara duet di majlis konvokesyen sebuah universiti di ibu negara.

Dalam persembahan tersebut, dua beranak itu mendendangkan lagu Cinta nyanyian asal Melly Goeslaw dan Kris Dayanti.

Memang padu sungguh lontaran vokal mereka, kedua-duanya mampu menyanyikan nada tinggi dengan baik.
Disebabkan itu, ramai netizen mahu Liza menyertai pertandingan Famili Duo tahun depan. Alahai, laju netizen buat kerja ya.

“Kalau macam ini, bolehlah serta Famili Duo musim keempat. Pasti juara!

“Tak sangka anak Liza memiliki bakat sama hebat sepertinya. Keluarga berdarah seni, vokal pun sama mantap,” puji netizen.

Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Apapun, Diva harap Marsya utamakan pelajaran kemudian barulah boleh pertimbangkan sekiranya ingin menjadi penyanyi sepenuh masa atau tidak.

DIVA: Jadi artis biar ada ilmu dan pendidikan, bukan selama-lamanya akan popular.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok