Nyanyian Nikki Palikat bagus tapi kurang jiwa – Ramli MS

“KALAU menyanyi begini, memang boleh (ke final).”

Jarang memuji panjang lebar, namun untuk persembahan cemerlang Nikki Palikat, Ketua juri All Stars Gegar Vaganza (GV10) tidak dapat menahan rasa bangga dengan pencapaian penyanyi asal Sabah itu usai menamatkan lagu Gemuruh dan Pelesit Kota pada pentas separuh akhir All Star Gegar Vaganza (GV10) hari ini.

Menurut Ramli atau Tok Ram, Nikki berpotensi melangkah ke pentas akhir GV10 sekiranya konsisten memberi nyanyian hebat seperti yang dipersembahkan hari ini.

“‘Range’ bunyi (suara) awak sangat besar, ada rendah, ada tinggi.

“Tapi ada satu benda yang awak kena faham, dia duduk di atas. Jiwa adalah nombor satu, jangan lupa benda itu,” katanya.

Tok Ram turut meminta Nikki belajar untuk memberi lebih jiwa dalam setiap nyanyiannya.

“Nyanyian tadi okey tapi kurang jiwa terutama lagu pertama.

“Attitude dalam jiwa kurang. Kalau belajar benda itu, nyanyian akan jadi lebih bagus,” katanya lagi.

Menjengah dalam media sosial, rata-rata netizen memuji persembahan Nikki kerana dianggap sebagai antara yang terhebat malam ini.

“Nikki simpan taring, minggu-minggu akhir baru beri yang bagus.

“Dia layak ke peringkat akhir!” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok