Neon Countdown, festival mega keraian cinta muzik

NEON Countdown kembali! Bangkok sekali lagi menjadi tuan rumah bagi perayaan Malam Tahun Baharu terbesar di Asia bermula sejak 29 Disember hingga 31 Disember ini.

Bertempat di Wonder World Extreme Park, Bangkok, festival mega berkenaan bakal menampilkan deretan nama besar dalam industri muzik dan tarian.

Rekod prestasi Neon Events dalam memberikan barisan artis cemerlang di seluruh Asia tidak pernah mengecewakan dan diteruskan tahun ini dengan senarai baharu yang lebih segar dan energetik.

Antara yang bakal disaksikan, termasuklah Ratu Techno, Charlotte De Witte, penerbit yang mendapat pencalonan Anugerah Grammy, DJ Snake, Artbat, Blasterjaxx, dan Andrew Rayel.

Tidak lengkap tanpa penyanyi, penulis lirik dan DJ Britain, John Newman yang akan membuat penampilan julung-julung kalinya di Thailand.

Simfoni muzik

Lebih mengujakan, edisi kali ini juga bakal menyaksikan penyatuan semula Axwell dan Ingrosso, Duo DJ Sweden yang terdiri daripada ahli Swedish House Mafia, Axwell dan Sebastian Ingrosso yang pernah menggegarkan dunia dengan nuansa muzik goyang kepalanya.

Hangatkan sambutan Detik Ambang Tahun Baharu dengan Neon Countdown.

Selain daripada simfoni muzik, pengunjung festival juga bakal dihiburkan dengan pengalaman festival berbeza daripada edisi Neon Countdown terdahulu yang pastinya sarat dengan aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang menanti, Neon Garden yang kembali lebih baik daripada sebelum ini dengan menampilkan elemen seni yang indah dan berbaloi untuk dikongsi selain Neon Wall ikonik membolehkan pengunjung festival meninggalkan jejak mereka.

Dekatkan diri dengan Neon Tribe dan serlahkan kembali momen dengan rasa keanak-anakan melalui Neon Playground, selain bersantai sambil merasai keenakan makanan di kawasan kulinari Neon Downtown yang dipenuhi dengan pelbagai masakan lazat daripada cef seluruh dunia.

Tidak ketinggalan Neon’s Beauty Bar yang membolehkan peminat muzik merebut peluang melakukan lukisan wajah UV percuma yang direka khas dan edisi terhad.

Serlahkan diri dan pamerkan sisi artistik untuk berpeluang tampil dalam Neon Countdown Aftermovie.

Hangatkan sambutan Detik Ambang Tahun Baharu dengan pas Neon Premium GA (PGA) dan hiburkan diri dengan pelbagai keistimewaan termasuk lorong khas VIP, zon berdiri yang menawarkan pemandangan eksklusif dari Pentas Infinity dengan teknologi terkini.

Berkumpul bersama-sama bawah langit festival Neon, untuk tiga malam, pengunjung tahun berpeluang meraikan cinta dan muzik yang pasti meninggalkan kesan dan kenangan tersendiri.

Untuk maklumat lanjut, layari ikuti laman sesawang https://www.neoncountdown.asia.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok