Nelydia Senrose tayang rambut di gelanggang badminton

AKTRES Nelydia Senrose sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila  secara terang-terangan menunjukkan tidak lagi bertudung ketika bermain badminton.

Perkembangan terbaharu itu dapat dilihat menerusi video yang dikongsi sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose dalam aplikasi TikTok.

Berdasarkan pemerhatian, pemilik nama lengkap Nik Zaris Nelydia Nik Sen membiarkan rambutnya terdedah selain mengenakan pakaian sukan rona hitam.

Perkongsian itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen malah ada antara mereka terkejut dengan penampilan pelakon berusia 29 tahun itu. .

“Nelydia sudah free hair (tidak bertudung)?” tanya netizen.

“Eh! Tudung Nelydia terbangkah semasa bermain badminton,” komen seorang lagi pengiku.

Sebelum ini, HibGlam melaporkan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan tidak lagi bertudung.

Tidak berakhir di situ apabila pada September lalu, HibGlam menerusi ruangan pojok Mizz Lahar turut melaporkan wanita itu sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan di Bangkok, Thailand.

Adik kepadaa aktres Uqasha Senrose itu difahamkan mula berhjijab pada 2022. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok