Nama anak saya Aali Mateen – Ayda Jebat

“Nama saya Aali Mateen Ahmad Nabil. Lama jugak memikirkan nama untuk putera kami, Aali Mateen ini.”

Demikian perkongsian pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengenai nama anak keduanya selepas seminggu dilahirkan.

Sama seperti wanita bergelar ibu lain, Ayda atau nama penuhnya, Nur Suhada Jebat, 31, berharap puteranya membesar menjadi insan yang berguna kelak.

Semoga menjadi anak yang soleh sayang mommy dan dada (Nabil). Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua!” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Dalam perkongsian sama, isteri kepada Nabil Mahir itu turut memuat naik foto anak lelakinya itu yang memakai topi bayi yang menutup bahagian matanya.

Terdahulu, pada 12 Disember lalu Nabil mengesahkan isterinya sudah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok