Min-jung, Byung-hun timang anak perempuan

Impian pasangan sensasi Lee Min-jung dan Lee Byung-hun untuk memiliki cahaya mata perempuan akhirnya menjadi kenyataan. 

Khabar gembira itu diumumkan sendiri label Min-jung iaitu MSteam Entertainment dan meminta semua peminat mendoakan kesihatan aktres Lee Min-Jung dan bayi yang baru dilahirkan. 

“Min-jung telah selamat melahirkan bayi  perempuan pada 22 Disember lalu. Ibu dan anak dalam keadaan sihat malah semua ahli keluarga gembira impian pasangan itu untuk memiliki anak perempuan tercapai.

“Minta semua peminat memberikan kata-kata positif dan doa kepada Min-jung dan Byung-hun” ujar label tersebut menerusi satu kenyataan. 

Lee Byung-hun turut menyaksikan proses kelahiran anak perempuannya walaupun terikat dengan penggambaran musim kedua Squid Game.

Pasangan terkenal itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan anak lelaki, Joon-hoo pada tahun 2015. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok