295
SIAPA tidak kenal dengan Rozita Che Wan atau Che Ta yang terkenal dengan fesyen dan suka melaram dalam setiap acara dihadirinya.
Terbaharu, dia menjadi bahan bualan ramai apabila memuat naik video gelagatnya sedang sibuk mengemas dan menyiapkan pakaian yang dipakai oleh anak-anak sepanjang tempoh percutian.
Paling mencuri perhatian, baju-baju disusun mengikut hari dan warna tema.
Lucunya, Che Ta turut menyiapkan topeng pelitup muka mengikut warna baju yang akan dipakai oleh tiga anaknya iaitu Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur malah ada yang kagum dengan kerajinan Che Ta melunaskan tugas seorang ibu. – HIBGLAM