“TIDAK akan ada lagi payudara palsu!”
Demikian pengakuan penyanyi Victoria Beckham yang menyesal melakukan pembedahan payudara sekitar 2011.
Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Victoria Caroline Adams itu enggan perbuatan tersebut menjadi ikutan anak perempuannya, Harper Beckham.
Sejujurnya, saya menyesal melakukan pembedahan implan.
“Saya harap anak perempuan saya, Harper tidak akan melakukan perkara yang sama,” katanya kepada media dalam satu temu bual.
Disebabkan anaknya masih muda, Victoria, 49, tidak mahu berkongsi secara terbuka pengalamannya melakukan prosedur itu.
“Harper baru berusia 12 tahun dan saya belum yakin untuk berkongsi pengalaman ini kepadanya,” ujar isteri kepada bintang bola sepak, David Beckham.
Terdahulu, bekas anggota kumpulan Spice Girls itu memutuskan untuk membuang implan payudara pada 2014 selepas melakukan pembedahan pada 2011.
Victoria bagaimanapun enggan menjelaskan punca utama dia mengeluarkan implan tersebut namun apa yang pasti katanya bukan kerana sakit. -HIBGLAM