Mengejutkan! Squid Game kena ‘ban’ di bumi sendiri

BEBERAPA tahun kebelakangan ini, naskhah kreatif Korea Selatan atau K-drama meraih perhatian menyeluruh, termasuk di Malaysia terutama peminat wanita yang sentiasa menantikan apa sahaja siri baharu.

Tidak kira drama bertema romantik, kekeluargaan mahupun seram, semua penerbitan dari negara kimchi tersebut pasti mendapat tontonan hebat.

Meskipun K-drama ligat bermain menerusi stesen-stesen televisyen Malaysia ataupun melalui penstriman dalam talian, terdapat beberapa naskhah yang diharamkan di negara kelahiran sendiri. Alasannya, naskhah terbabit melanggar undang-undang penyiasatan pemerintah.

Eve

DRAMA berjudul Eve adalah karya seram romantik mengenai seorang wanita yang cuba membalas dendam kerana kematian bapanya.
Eve secara kasarnya bercerita tentang saman perceraian dalam kalangan golongan konglomerat.
Namun, drama tersebut diharamkan ditayangkan di Korea kerana babak seks yang keterlaluan, terutamanya dalam tiga episod terawal.

Nevertheless

PADA awalnya, drama lakonan Song Kang dan Han So-hee tersebut sepatutnya berdepan larangan agar tidak disiarkan kepada umum.

Tidak lama kemudian, kerajaan hanya mengharamkan dua episod pertama drama Nevertheless kerana ada adegan tidak sesuai untuk tatapan umum.

Atas setiap kekangan yang dilalui, Nevertheless tidak begitu cemerlang di Korea Selatan tetapi meraih jumlah tontonan memuaskan di luar negara.

The King: Eternal Monarch

NAMPAK seperti cerita romantik biasa tetapi The King: Eternal Monarch juga diharamkan di Korea Selatan.

Kontroversi naskhah terbabit berpunca daripada penggambaran sejarah Korea yang menyerupai orang Jepun sekali gus memberi gambaran tidak tepat dari segi sejarah.

Drama tersebut dikecam teruk antaranya disebabkan paparan imej bangunan yang menyerupai kuil tradisional Jepun serta bendera nasional yang mengelirukan.

Squid Game

SIAPA yang tidak tahu drama Squid Game yang mendunia ketika mula ditayangkan dfalam Netflix sekitar 2021.

Biarpun mencipta fenomena di seluruh dunia, drama berkenaan diharamkan tayangannya di televisyen Korea.

Hal tersebut kerana Squid Game didakwa memuatkan babak ganas yang melibatkan tindakan bunuh diri tidak sesuai untuk tontonan umum.

Babak tersebut didakwa tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah umur kerana dikhuatiri menjadi ikutan.

Dalam masa sama, Squid Game diharamkan kerana dikatakan mempunyai kontroversi melibatkan ekonomi Korea Selatan.

Snowdrop

DRAMA Snowdrop yang dibintangi pelakon Jung Hae-in dan Jisoo memaparkan kisah percintaan perisik Korea Utara dengan pelajar universiti.

Difahamkan, Snowdrop diharamkan untuk tayangan televisyen kerana mengandungi kontroversi politik yang disifatkan keterlaluan. Berlatarkan tahun 1980-an, drama itu menunjukkan perdebatan fiksyen seorang perisik Korea Utara berpotensi terlibat atau dikaitkan dengan gerakan pro-demokrasi Korea.

Bagaimanapun, rancangan tersebut disiarkan seperti yang dijadualkan di televisyen apabila sebuah kenyataan memaklumkan bahawa drama itu berlatarkan zaman rejim tentera sekali gus menolak unsur politik dikaitkan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok