Mata Gyuvin berdarah

HADIR ke Anugerah Muzik Melon 2023 (MMA2023) dengan mata bertutup, peminat tertanya-tanya keadaan sebenar penyanyi Gyuvin.

Pada 25 November lalu, ahli kumpulan Zerobaseone itu mendedahkan dalam aplikasi Bubble bahawa dirinya mengalami sakit mata atau konjunktivitis.

Seminggu kemudian, kedua-dua mata menjadi merah dan berdarah sekali gus meningkatkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, ahli Zerobaseone itu tetap hadir ke karpet merah majlis anugerah MMA 2023 dengan senyuman demi memuaskan hati ramai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok