‘Mantap baju Nana! Lampu kelip-kelip macam hari raya!’

PENYANYI Siti Nordiana atau Nana mengundang perhatian ramai apabila muncul dengan baju berlampu ketika membuat persembahan di pentas separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) hari ini.

Menerusi persembahannya, Nana memakai dres labuh material kulit yang dipenuhi dengan hiasan paku berwarna silver.

Memasuki lagu kedua iaitu Hampa Hatiku nyanyian asal Ungu, baju yang dipakai Nana muncul bercahaya.

Perkara itu sekaligus membuatkan orang ramai mula teringat pada busana yang pernah digayakan penyanyi Ramlah Ram pada pentas Anugerah Juara Lagu ketiga ketika mendendangkan lagu Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu sekitar tahun 1988.

“Mantap baju Nana! Lampu kelip-kelip macam hari raya!

“Lain macam persembahan Nana malam ini dengan baju berlampu, macam kak Ramlah pula,” komen netizen.

Sementara itu, dia turut meraih komen positif daripada juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat memuji persembahan tenaga daripada Nana. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok