‘Liza Hanim layak juara GV10’

PERSEMBAHAN  finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10), Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On selayaknya dinobatkan sebagai juara.

Itu komen yang dilontarkan juri tetap GV10, Hetty Kos Endang yang berpuas hati dengan persembahan Liza malam ini.

Menurut Bunda, kamu layak jadi juara, gebrek (hebat).

“Persembahan yang sangat hebat,” komennya.

Selain Hetty, juri tetap lain iaitu Syafinaz turut memuji persembahan Naib Juara Gegar Vaganza Musim Keempat (GV4) itu.

Liza, dalam hati dan otak saya, awak adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang terbaik,” katanya yang kagum dengan persembahan Liza.

Dalam masa sama, Ella selaku juri jemputan tidak melepaskan peluang memuji suara anak jati Klang itu.

Wah! Persembahan yang sangat mengagumkan.

“Saya kagum dengan lontaran suara emosi awak,” ujarnya.

Pada pusingan pertama, Liza membawakan lagu My Heart Will Go On nyanyian asal Celine Delion.

Selepas ini, Liza akan mempersembahkan dua lagi lagu menerusi pusingan duet dan ‘battle’. – HIBLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok