Lisa lepak dengan anak tauke Samsung

SEMASA pulang ke Bangkok, penyanyi Lisa kelihatan bersama anak perempuan pengerusi syarikat Samsung iaitu Lee Jae-yong.

Difahamkan, mereka menikmati makan malam bersama di sebuah restoran popular di Bangkok.

Perjumpaan rahsia mereka menimbulkan pelbagai spekulasi dan keterujaan dalam kalangan peminat.

Ada yang meramal mereka berdua sedang merancang sesuatu melibatkan dunia hiburan dan perniagaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok