HANGAT menjalin hubungan cinta dengan aktor Lee Kwang-soo, pelakon Lee Sun-bin mengakui belum ada perancangan untuk ke jenjang pelamin.
Jelas aktres jelita itu, dia dan kekasihnya sibuk dengan komitmen kerjaya dan mahu mengejar impian terlebih dahulu.
Tiada apa-apa perubahan dalam hubungan kami. Saya dan Kwang-soo sama sahaja seperti dulu, kami baik-baik sahaja dan rancak memenuhi jadual kerja yang padat,” katanya.
Kata Sun-bin lagi, dia enggan terburu-buru menjawat jawatan seorang isteri.
Banyak hasrat dan impian yang belum direalisasikan terutamanya dalam kerjaya, jadi biarlah kami fokus perkara itu dahulu.
“Jangan risau, jika ada berita baik untuk diumumkan seperti perkahwinan atau sebagainya, saya pasti beritahu kalian,” ujarnya dalam satu temu bual.