Lagu Terbaik hari kedua SFMM38 milik Aisha Retno

SESI kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) menyaksikan lagu Sutera nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aisha Retno dinobatkan sebagai Lagu Terbaik yang berlangsung di studio NTV7 Glenmarie di sini, hari ini.

Manakala, lagu Pilihan Alha Alfa yang melayakkannya membawa pulang RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa dimenangi oleh Ernie Zakri dengan menerusi lagu Astana.

Hari ini menyaksikan sebanyak 10 buah lagu bertanding bagi merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) iaitu Korbankan Kita (MOJO/ Edry Abdul Halim), Kamu Kamu (Wany Kayrie/Ziin /Jerry), Alah Bisa (Puteri Muhammad/Acap Salim/Faizal Tahir/Glow Rush, Mage/Nick Ariff), Cinta Hanya Buatan (Muna Shahirah& Afieq Shazwan/Ghouffran& Ibnu), Kalam (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat).

Sementara lima buah lagi lagu, termasuk Cinta Sahabiyah (Alyah/ Omar K), Menyantun Kasih (Siti Nordiana/ M. Nasir/ Keon), Sejuta Maaf (Liza Hanim, Sirkhan & Rinkarnaen/ Sirkhan), Sutera (Aisha Retno/ MFMF), dan Astana (Ernie Zakri/ Omar K, Shazriq Azeman, Ernie, Syamel).

Esok, sebanyak lapan buah lagi lagu akan bertanding pada hari terakhir SFMM38.

Barisan juri bagi SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail ialah komposer, LY; pemuzik, Datuk Wah Idris; penyanyi rap, Cat Farish; komposer, Helen Yap dan penulis lirik terkenal, Azmeer.

SFMM38 dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, bersiaran secara langsung selama tiga hari, dari semalam sehingga esok dibawakan khas penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile.

Setiap episod SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan yang berbeza. Pada episod hari ini, Akim & The Majistret menghiburkan penonton dengan lagu Potret dan Saksama. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok