Konsert Search Rockin’ Borneo ditunda

PENGANJUR Konsert Search Rockin’ Borneo, Yolo Asia memohon maaf kepada semua peminat kumpulan Search berikutan terpaksa menunda acara itu pada saat akhir.

Yolo Asia dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan konsert yang dijaduakan berlangsung esok (9 Disember) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu terpaksa ditanggunghkan atas sebab tidak dapat dielakkan dan tarikh baharu akan diumumkan kelak.

“Dukacita dimaklumkan kami menjadualkan semula Konsert Search Rockin’ Borneo.

“Keputusan ini dibuat atas kepentingan semua pihak yang terlibat.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan pihak penganjur akan membayar semula duit pembelian tiket konsert ini,” katanya menerusi kenyataan media yang dimuat naik di media sosial rasmi Yolo Asia baru-baru ini.

Sementara itu, RAB International selaku penganjur bersama berkata, pihaknya memahami perasaan hampa peminat yang menantikan kumunculan band itu.

“Penangguhan ini terpaksa dibuat atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Kami selaku antara pihak penganjur dalam masa sama mahu memastikan peminat dapat menikmati konsert Search yang sebenar.

“Search juga sebagai band legenda sangat teliti saol kualiti muzik dan bunyi.

“Oleh itu, kami sedang berusaha untuk mendapatkan tarikh dan lokasi baharu agar peminat Search dapat merasai pengalaman konsert yang lebih berkualiti,” katanya. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok