Kim Nam-gil sukar hafal dialog

Terlibat dalam kemalangan besar semasa awal penglibatan dalam dunia lakonan, pelakon Kim Nam-gil kini berdepan fasa sukar untuk menghafal skrip mahupun dialog lakonan.

Jelas aktor berbakat itu, kemalangan tersebut sedikit sebanyak menghalangnya mengembangkan karier lakonannya. 

“Selepas diambil bekerja, terdapat latihan selama enam minggu di mana anda belajar tentang sikap yang anda miliki. 

Selepas latihan, saya memandu pulang dan ketika itulah saya kemalangan kereta.

“Itulah sebabnya sejak itu, menghafal baris skrip menjadi sukar bagi saya. 

“Biasanya, orang kata kesan selepas kemalangan itu hanya selama tiga ke empat bulan tetapi kesannya pada saya sampai sekarang,” ujarnya dalam satu rancangan temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok