Kereta pelakon Roy Azman rentung dijilat api

PELAKON Roy Azman berdepan detik mencemaskan apabila kenderaannya terbakar secara tiba-tiba sehingga rentung, malam semalam.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Zairosminan Abdul Rahman itu berkata, dia bersama isteri serta anak bongsu mereka sempat menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku di tengah-tengah sebuah lebuhraya itu.

Assalamualaikum semua, saya isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur,” katanya yang berkongsi mengenai insiden berkenaan dalam laman sosialnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata kenalan serta pengikutnya menzahirkan rasa syukur dan mendoakan keluarga pelakon filem Magik itu dilindungi daripada bahaya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan abang Roy Azman dan keluarga. Syukur semuanya selamat,” tulis pelakon Mustaqim Bahadon.

Begitupun, aktor yang menempa nama menerusi filem Sembilu itu tidak menyertaikan sebarang butiran, sebaliknya hanya mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu membuat laporan polis.

Sehingga kini Roy, 53, tidak dapat dihubungi HibGlam untuk mendapatkan perincian lanjut berkenaan kejadian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok