TAMPIL berpakaian terlalu seksi ketika membuat persembahan, anggota kumpulan Aespa, Karina dikecam teruk sehingga ada netizen melabelnya gilakan perhatian.
Rata-rata netizen berpendapat pakaian penyanyi itu tidak sesuai digayakan di atas pentas, apatah lagi melibatkan banyak gerakan tarian sehingga mencetuskan perasaan tidak selesa dalam kalangan penonton.
“Saya terkejut Karina sanggup bersetuju untuk memakai pakaian sedemikian. Langsung tidak sesuai untuk tontonan remaja atau kanak-kanak. Skirt terlalu pendek, saya sebagai perempuan yang melihat pun berasa malu,” komen netizen.
“Kecewa dengan pakaian Karina, dia tidak pernah tampil mencolok mata seperti ini. Adakah dia laparkan perhatian sehingga sanggup berbuat sedemikian?
“Moga dia tidak terus hanyut dalam arus populariti sehingga sanggup menggadai maruah diri,” komen peminat. – HIBGLAM