Jaehyun prihatin, disayangi peminat

NAMA anggota kumpulan NCT, Jaehyun meledak dalam media sosial apabila tindakannya menghalang pengawal keselamatan menolak peminat untuk bergambar dihujani pujian netizen.

Malah, kemesraan yang dipamerkan penyanyi kacak itu selain tidak lekang dengan senyuman manis menjadi topik perbualan ramai sehingga dia dilabel sebagai idola yang baik dan kaya dengan sikap rendah diri.

“Jaehyun membuktikan tidak rugi berbuat baik dan melayan peminat yang selama ini menyokongnya dalam industri,” komen seorang netizen.

“Ramai idola yang tidak peduli pengawal keselamatan mereka bertindak mengasari peminat tetapi Jaehyun sangat berbeza.

“Dia sangat ambil berat dan prihatin dengan peminat, sebab itulah dia disenangi ramai,” demikian komen peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok