Hetty Koes Endang diserang ‘tentera bawang’ Malaysia

GARA-GARA membuat perbandingan nyanyian antara peserta Gegar Vaganza 10, Siti Nordiana yang membawakan lagu Kisah Hati dengan penyanyi asal, Datin Alyah, juri iaitu Hetty Koes Endang dibanjiri kecaman.

Walaupun sudah beberapa hari, kecaman tersebut belum reda. Peminat menyifatkan komen Hetty sebagai tidak wajar diluahkan seorang penyanyi profesional.

Rata-rata khalayak tidak dapat menerima komen penghibur Indonesia yang mesra disapa sebagai Bunda itu.

Mereka mendesak penyanyi berusia 66 tahun itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Alyah, bahkan ada yang lebih berkasar meminta Bunda pulang sahaja ke Indonesia.

Alahai, janganlah terlampau emosi sampai nak halau orang yang menjadi tetamu kita. Kalau tersilap boleh sahaja kita tegur dengan baik, bukan berterusan mengecam.

Dalam banyak komen negatif, ada juga dalam kalangan netizen cuba meredakan situasi tegang dengan meninggalkan luahan meminta penyanyi senior itu terus kuat.

Mizz Lahar: Selain Kuala Lumpur, Kota Kinabalu kini menjadi lokasi tumpuan konsert. Tahun depan, orang Sabah boleh tengok Ella, M. Nasir dan Hattan!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok