MEWAH dan unik. Sepertinya itu cukup menggambarkan kediaman Janna Nick yang mempunyai ‘taman permainan mini’.
Perkara itu dikongsi aktres Mawar Rashid dalam InstaStorynya baru-baru ini yang memaparkan Janna membina sebuah pondok mini dilengkapi dengan gelongsor bersebelahan bahagian dapurnya.
Meskipun belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata, idea ruang permainan itu tercetus kerana ingin memastikan bakal anaknya sentiada berada di depan mata.
“Saya ini clingy (suka berkepit). Jadi kalau ada anak, mereka perlu sentiasa berada di depan mata,” ujarnya.
Ruang permainan itu mencetuskan pelbagai reaksi yang rata-ratanya memuji dekorasi kediaman Janna kerana dianggap menarik dan realistik selain sesuai sekiranya memiliki anak kecil satu hati nanti. – HIBGLAM