405
BAGI meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11, penyanyi HaHa membawa isterinya menikmati percutian di Tokyo, Jepun.
Dedah bintang Running Man itu, pemergian ke negara matahari terbit merupakan bulan madu keduanya bersama isteri sepanjang lebih sedekad berumah tangga.
“Ini adalah bulan madu kedua kami sepanjang 11 tahun berkahwin dan keputusan ini dibuat dengan sangat mendadak.
“Kami akui agak bimbang sebelum pergi memikirkan keadaan anak-anak yang ditinggalkan.
“Setelah berfikir secara mendalam, kami mahu berseronok ketika berbulan madu,” katanya menerusi Instagram sambil menunjukkan beberapa keping foto ketika mereka berada di lapangan terbang.