Giliran Sehun jalani latihan tentera

BAKAL menyertai latihan ketenteraan pada hujung bulan ini, anggota kumpulan EXO, Sehun sempat menulis sepucuk surat istimewa buat peminatnya.

Menerusi surat berkenaan, penyanyi kacak itu memohon doa daripada peminatnya.

Dia juga berharap agar mereka terus menyokongnya meskipun akan berpisah buat sementara waktu.

“Saya akan memulakan perkhidmatan tentera pada 21 Disember. Mohon kalian doakan yang terbaik buat saya.

“Sedih untuk meninggalkan kalian semua tetapi pada masa sama sangat teruja untuk melunaskan tanggungjawab terhadap negara.

“Semoga semua kekal sihat sehingga hari kita berjumpa lagi. Teruslah menyokong karier saya meskipun tempoh untuk kita berjumpa lagi sangat lama.

“Saya janji akan melakukan yang terbaik dan akan kembali dengan jati diri lebih baik,” ujarnya panjang lebar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok