“TIDAK sesuai, sudah berusia 40an. Janganlah berpakaian seperti anak remaja.”
Demikian kritikan netizen tidak senang dengan penampilan pelakon Nora Danish yang didakwa tidak sesuai dengan usianya.
Perkara tersebut tercetus apabila pelakon itu memuat naik foto terbaru mengenakan jaket tanpa lengan serta seluar panjang rona hijau dalam Instagram.
Tanpa memberikan kapsyen panjang, Nora hanya meletakkan emoji bentuk hati hijau yang sama dengan warna pakaiannya.
Rata-rata peminat tidak dapat menerima gaya pemilik nama lengkap Nora Mohd. Danish Hanif itu yang dinggap terlalu terdedah.
“Nora sudah lawa tetapi ada anak lelaki remaja. Tidak eloklah pakai pakaian seksi,” kata peminat.
“Wanita Palestin bermati-matian jaga aurat dalam apa keadaan sekalipun, sedangkan kita bangga terdedah sana-sini,” ujar pengikut.
“Makin tua, makin menjadi Nora ini. Ingat umur semakin meningkat semakin sedar diri tetapi rupa-rupanya tidak,” luah netizen.
Ini bukan kali pertama aktres berusia 41 tahun itu dikecam berikutan pemakaiannya yang tidak disenangi segelintir khalayak.
Bagaimanapun, anak jati Terengganu itu hanya mendiamkan diri dan enggan mengendahkan kritikan yang menghujani ruangan komen media sosialnya. – HIBGLAM