Fizi Ali perli bekas isteri, ‘pusing selagi boleh pusing’

PENYAMPAI radio sensasi Fizi Ali bakal mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Kata Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin itu, dia masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

“Seperti yang dijangka, panggilan telefon tidak diangkat, WhatsApp pula tidak dibalas.

“Lari la jauh mana boleh lari, tengok jauh mana boleh lari lagi, pusing selagi boleh pusing.

“Tarikh sudah dapat, kita akan selesaikan di tempat sepatutnya, sabar sikit lagi daddy jumpa awak (Ameena), insya-Allah,” kata Fizi menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Luahan Fizi ternyata mendapat pelbagai respons netizen yang rata-rata menyebelahi bekas isterinya.

Malah, ramai menyifatkan lelaki berusia 34 tahun itu kuat meroyan selepas berkahwin baharu.

Kenapa ‘post’ untuk nampakkan buruk satu pihak? Patut selesaikan diam-diam. Sudah-sudahlah meroyan, lama-lama siapa mahu layan?,” ujar netizen itu.

“Kenapa macam tu perangai sejak Fizi kahwin (baru)? Nampak sangat cemburunya, cubalah santai sikit, asyik nak merentan saja,” komen seorang lagi netizen.

“Siapa sahaja tidak amrah kalau kau asyik puji isteri baru sahaja, macam tiada baik langsung bekas isteri kau, moga keturunan aku dijauhkan daripada lelaki spesis kau,” demikian kata pengguna media sosial.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok