730
“BAKAL ke Gaza tahun depan. Doakan saya untuk kematian syahid, Amin.”
Demikian hasrat pelakon Fatiya Latiff yang dimuat naik menerusi satu hantaran dalam Instagram sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang mempersoalkan keputusan bintang drama Ariana Rose itu.
Tidak kurang juga, ada yang menunjukkan tanda sokongan terhadap Fatiya dengan mendoakan agar impiannya tercapai.
“Lepas ke nak pergi sana? Semoga dipermudahkan.
“Semoga semuanya dipermudahkan untuk Fatiya,” komen netizen.
Bagaimanapun, dia tidak berkongsi secara lanjut mengenai perancangan untuk terbang ke Gaza.
Sebelum ini, Fatiya sering terpalit dengan kontroversi malah berdepan masalah kemurungan. – HIBGLAM