EXIST sumbang RM20,000 bantu anak seni

Band terkenal Exists berbesar hati menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez bagi membantu anak seni yang memerlukan.

Sumbangan yang dikumpul itu adalah hasil kutipan RM10 daripada setiap pembelian tiket konsert Exists X Orkestra yang berlangsung di Mega Stars Arena, malam tadi.

Vokalis kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim mewakili anggota kumpulannya terdiri daripada Ajai, Ujang, Musa dan Along ketika memberikan ucapan, menzahirkan penghargaan kepada 6,000 penonton yang hadir meraikan konsert tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudir hadir meraikan konsert Exists X Orkestra. Kehadiran anda semua amat kami hargai,” ujarnya.

Selain Ezad, turut menyerikan persembahan yang berlangsung selama dua jam itu adalah vokalis asal Exists iaitu Mamat.

Konsert yang berlangsung meriah itu menyaksikan Exists, diketuai oleh Ezad dan Mamat, mempersembahkan 24 lagu popular mereka secara bergilir-gilir.

Antara lagu hit sepanjang zaman yang dinyanyikan ialah Masih Terserlah Ayumu, Hilang Dalam Ramai, Untukmu Ibu, Julia, Jesnita, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Mama Tolonglah.eist

Selain itu, persembahan yang diiringi Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menyaksikan band yang mencipta fenomena sekitar tahun 1990-an itu turut menyanyikan semula lagu Rindu Serindu Rindunya dendangan asal kumpulan Spoon dan Tak Mungkin Berpaling Slam. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok