Didakwa tak bayar nafkah, kisah silam suami BCL diselongkar

SETIAP sudut cerita peribadi akan diselongkar dan itu yang dilalui ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana apabila memilih untuk bernikah dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Satu demi satu kisah silam Tiko, 43, diselongkar media Indonesia dan netizen termasuk kisah perceraiannya dengan wanita bernama Arina Winarto kerana masalah pembayaran nafkah.

Selain itu, talak yang dilafaz oleh Tiko sekitar tahun 2021 itu juga berpunca kerana tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.

Perkara itu dibongkar media Indonesia menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia.

“Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.

“Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.

“Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina,” menurut laporan tersebut.

Hasil perkahwinan dengan Arina pada 26 Jun 2014, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Semalam, Tiko dan BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dalam sebuah majlis tertutup bertempat di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.

Paling mencuri perhatian ramai ialah kehadiran keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termausk ibu bapa, Aishah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok