Castaway Diva cetus sindrom hero kedua

INGIN mengejar cita-cita tetapi akhirnya terkandas di sebuah pulau tidak berpenghuni selama 15 tahun. 

Itu yang berlaku kepada Seo Mok-ha lakonan Eun-bin yang ‘hilang’ usia remaja selepas hanyut dan terkandas di sebuah pulau terpencil.

Tidak pernah berputus asa untuk terus hidup, Mokha akhirnya ditemukan oleh sekumpulan individu yang salah seorangnya ialah sahabat lelakinya iaitu Kang Bo-gul atau Jung Ki-ho (Jong-Hyeop) hang tidak pernah jemu berusaha mencarinya.

Sejak detik itu, Mokha masih meneruskan impian untuk bergelar seorang penyanyi termasuk bertemu artis kesayangannya.

Namun, beberapa peristiwa hitam mula ‘menyerangnya’ yang masih dalam fasa membiasakan diri dengan dunia sebenar.

Naskhah arahan Oh Choong-hwan yang sudah disiarkan sejak 28 Oktober lalu turut berjaya tersenarai dalam 10 drama popular Netflix ketika ini.

Drama ini juga mencetuskan ‘second lead syndrom’ atau sindrom hero kedua apabila ramai mula berharap Mok-ha memilih Kang Woo-hak (N) pada pengakhiran cerita kelak.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok