MESKIPUN baru berusia sembilan tahun, kecantikan yang dimiliki anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana memang tiada tandingan.
Kejelitaan yang dimiliki Aaisyah semakin terserlah pada sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, Aaisyah dilihat menyambut majlis hari jadinya dengan bertemakan Barbie.
Pada acara terbabit, anak kecil yang petah berkata-kata itu mengenakan dres paras lutus berwarna merah jambu ditambah pula dengan solekan gaya persis anak patung Barbie.
Lebih menarik, dia turut dihidangkan dengan sembilan biji kek sebagai simbolik usianya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kejelitaan dimiliki Aaisyah sehingga dilabel sebagai anak artis paling cantik setakat ini.
Dalam ruangan komen ramai berpendapat wajah Aaisyah mirip pelakon, Nur Fazura.
“Cantik betul Aaisyah, satu-satunya anak artis paling cantik.
“Ini sudah seperti mini Fazura, sebiji sangat!” puji pengguna Instagram.
Selain itu, ada juga netizen bergurau agar Aaisyah menjauhi lelaki berstatus suami orang sekiranya sudah dewasa kelak.
“Aaisyah nanti sudah besar kahwin dengan anak raja ya, jangan cari suami orang,” seloroh netizen. – HIBGLAM