Berat Min-young kini 37kg

AKTRES Park Min-young sanggup menurunkan berat badannya secara drastik demi menjiwai watak dalam drama Marry My Husband.

Menurut bintang jelita itu, berat badannya kini hanya 37 kilogram dan cukup ideal untuk menzahirkan perananan sebagai pesakit kanser bernama Kang Ji-won.

Perubahan fizikal Min-young hangat diperkatakan peminat susulan perkongsian satu babak drama berkenaan yang memperlihatkan dirinya dalam pakaian hospital sambil memakai penutup kepala.

Menerusi gambar berkenaan, Min-young kelihatan sangat kurus selain berwajah pucat.

FOTO Min-young dalam drama Marry My Husband yang menyaksikan perubahan ketara fizikalnya sehingga menjadi bualan ramai.

Justeru itu, ramai bimbangkan kesihatan pelakon itu selain beranggapan dia terlalu memaksa diri bagi menghidupkan karakter tersebut.

Bagaimanapun, ada juga peminat memuji kesungguhan aktres berusia 37 tahun itu dalam memaparkan realiti penderitaan pesakit kanser.

Selain Min-young drama yang dijangka menemui penonton pada 1 Januari 2024 itu turut dibintangi Na In-woo, Lee Yi-kyung dan Song Ha-yoon. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok