BabyMonster bukan bayang-bayang Blackpink

Meskipun baru beberapa hari debut dalam industri muzik Korea Selatan, single sulung kumpulan BabyMonster berjudul Batter Up telah berjaya meraih lebih 1.3 juta penstriman dalam Spotify pada hari kedua pelancaran.

Pada masa sama, kumpulan tersebut berjaya menempatkan lagu mereka dalam pelbagai carta muzik baik dalam mahupun luar negara. Semua pencapaian itu sekali gus menandakan populariti mereka kian meningkat melangkaui platform penstriman.

Lebih menarik, vokal yang dipersembahkan dalam lagu tersebut juga berjaya meraih pujian ramai apabila kedengaran sangat berkualiti dan tidak terlalu kedengaran seperti ‘autotune’.

Sambutan memberangsangkan terhadap penampilan sulung kumpulan itu seakan satu jaminan sekali gus menolak dakwaan bahawa mereka hanyalah bayang-bayang kumpulan Blackpink yang juga bernaung di bawah syarikat sama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok